medan ikan bakar ini terletak di pekan Umbai, 20-30 minit perjalanan dari bandar Melaka.
anda boleh baca info di batu peringatan ini, serba sedikit info tentang medan ikan bakar ini...
terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka di depan Medan Ikan Bakar...
sebenarnya banyak photo2 menarik dan info tentang Melaka yang telah aku ambil tetapi masih belom ada kelapangan untuk dimasukkan dalam portal ini.. insyaAllah aku akan kemaskinikan dari masa ke semasa.
sementara itu para pengunjung/ pembaca yang planning untuk datang ke Melaka dan masih lagi tercari2 tempat tinggal yang selesa untuk seisi keluarga, di sini disertakan senarai pendek homestay/ chalet/ resort yang cantek2 dan murah2 untuk anda kunjungi.
kalau anda dari bandar Melaka tidak jauh sangat untuk ke sini ambil masa dalam 20 minit sahaja. jalan yang anda perlu anda ambil adalah jalan utama ke Muar, Johor. di sepanjang jalan arah ke Merlimau terdapat banyak homestay yang diusahakan oleh penduduk tempatan. klik di sini untuk info HOMESTAY!
dan bagi yang berminat memancing terdapat 2 kelong ikan yang anda mesti singgah. Kelong Abu di Pulai, Melaka yang baru-baru ini menjadi pilihan pihak media TV3, TV2 dan akhbar tempatan serta ADUN Serkam, Datuk Ghazalie adakan liputan dan aktiviti2 setempat. (ada beberapa photo yang sempat diambil tempoh hari,akan kami masukkan dalam portal ini bila kelapangan). Ramai kaki pancing tegar seluruh negara telah singgah di Kelong Abu ini, so sememangnya kami rekomen anda untuk singgah di sini!
dan terdapat sebuah lagi kelong ikan dan kupang yang terletak di Sebatu, Melaka (arah ke Muar, Johor) yang mendapat jolokan "Fishing Paradise"Selat Melaka! Tidak kurang hebatnya dan ramai yang datang ke sini akan datang lagi, berpuas hati dengan perkhidmatan yang pengusaha berikan kepada para pengunjung.
sekiranya anda berminat dengan sejarah Melaka, kawasan ini sememangnya pilihan terbaek anda kerana terdapat 3 kesan/ tapak sejarah yang popular di sini seperti Makam Tun Teja, Perigi Portugis dan Rumah Tradisional Mad Natar. Sekiranya anda anda ingin ke Pulau Besar, Melaka anda boleh menyewa bot dari Jeti Anjung Batu ke sana.
No comments:
Post a Comment